Sanggupkah kita berkorban?
Untuk kita menjadi orang yang berjaya dalam hidup, kita perlu bersedia untuk berkorban. Selepas bersedia untuk berkorban, kita kena sanggup untuk berkorban bila-bila masa, berkorban apa saja.
Berkorban maksudnya kita sanggup melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Jalan menuju kejayaan serta kecemerlangan memang sukar, memerlukan pengorbanan – pengorbanan masa, pengorbanan tenaga, pengorbanan duit.
Berkorban bukan untuk kepentingan diri kita sendiri saja tapi untuk kepentingan orang lain, kepentingan bersama.
Jika Anda amati betul-betul erti sebuah kejayan, ia adalah gabungan pengorbanan individu digabung dengan pengorbanan bersama orang lain.
Kita memerlukan orang lain untuk berjaya kerana kita memerlukan sokongan mereka, kata-kata semangat dari mereka, suntikan inspirasi dari pengorbanan mereka demi kejayaan kita.
Soalnya sekarang, kita kena sediakan diri untuk berkorban, kerana kita akan dipaksa oleh situasi untuk berkorban bila-bila masa, di mana-manapun jua.
di ambil dari http://www.imotivasi.com/