Fikirkan
Khamis, 5 Ogos 2010
Rabu, 4 Ogos 2010
jadilah diri Anda sendiri bukan menjadi seperti orang lain
“cemana awak dapat jumlah subscribers yang begitu ramai sedangkan blog awak blog motivasi saja?”
Jawapannya, tulislah sesuatu terus dari hati.
Be personal, be what you are!
Andai kata kita ada peluang berkawan di alam sebenar, Anda akan dapati saya adalah lelaki pendiam yang cuma tahu banyak pasal buku, suka membaca novel, minat pada komputer dan perisian.
Dua sukan yang saya tahu bermain dengan baik hanyalah berbasikal dan renang. Apa saja sukan yang melibatkan bola, konpom saya kurang mahir punya.
Well, thats me!
Saya cuba mengikuti gaya lelaki lain tapi tak boleh, tak menjadi, membuat saya tidak selesa. Saya terima diri saya sebagai seorang ‘nerd‘ – kurang bergaul, kurang bercakap dan lebih banyak meluangkan masa bersama komputer berbanding manusia biasa.
Di sebabkan itu, saya tekad memperbaiki diri.
Sekarang saya masih lagi seorang nerd, tapi semakin mahir menyesuaikan diri dengan keadaan, situasi, orang sekeliling dan topik perbualan dibincangkan, tanpa perlu berbohong untuk menampakkan saya lebih pandai, saya ini lebih banyak tahu (dan buat-buat tahu!).
Ingatlah, tonjolkan diri Anda, bakat Anda, kelainan Anda, kerana di situ ada kekuatan tersembunyi yang akhirnya membuat Anda jauh lebih maju dari orang lain di sekeliling Anda.
Just be what you are, not what your friends are.
www.imotivasi.com
Isnin, 26 Julai 2010
Berkorban
Sanggupkah kita berkorban?
Untuk kita menjadi orang yang berjaya dalam hidup, kita perlu bersedia untuk berkorban. Selepas bersedia untuk berkorban, kita kena sanggup untuk berkorban bila-bila masa, berkorban apa saja.
Berkorban maksudnya kita sanggup melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Jalan menuju kejayaan serta kecemerlangan memang sukar, memerlukan pengorbanan – pengorbanan masa, pengorbanan tenaga, pengorbanan duit.
Berkorban bukan untuk kepentingan diri kita sendiri saja tapi untuk kepentingan orang lain, kepentingan bersama.
Jika Anda amati betul-betul erti sebuah kejayan, ia adalah gabungan pengorbanan individu digabung dengan pengorbanan bersama orang lain.
Kita memerlukan orang lain untuk berjaya kerana kita memerlukan sokongan mereka, kata-kata semangat dari mereka, suntikan inspirasi dari pengorbanan mereka demi kejayaan kita.
Soalnya sekarang, kita kena sediakan diri untuk berkorban, kerana kita akan dipaksa oleh situasi untuk berkorban bila-bila masa, di mana-manapun jua.
di ambil dari http://www.imotivasi.com/
Ahad, 25 Julai 2010
Impian
ataupun kehidupan yang serba sederhana?bagaimana kita hendak mengapai kehidupan ini?adakah melalui pengalaman,pertuturan,penglihatan,uji kaji atau melalui gambaran...
sebelum mengimpikan sesuatu ukurlah baju di badan sendiri..tak salah mengimpikan yang tinggi tetapi kalau terjatuh merana diri.
adakah dengan muka yang hensen atau cantik maka kita akan di pandang mulia,adakah tinggal di rumah yang besar maka kita akan di pandang mulia...adakah dengan badan yang sasar kita akan dikira bagus,sihat..
apa yang kita benar-benar impikan..
renung sejenak,tanam di dalam kotak minda yang kita akan menuju kearah nya..
doa,solat dan usaha..insyallah kita akan dapat apa yang kita impikan....
muhasabah diri untuk lebih tawaduk...